Monday 15 December 2008

Karekter Love Moon - tuala wanita anion(melayu)

simpton biasa infeksi bakteria ketika haid:

1. demam
2. jangkitan pada bahagian luar faraj
3. masalah kulit
4. jangkitan faraj
5. keradangan endometrium
6. keradangan serviks
7. leucorrhea/lelehan putih
8. panas badan atau sakit bahagian bawah abdomen

demam, mual, kerap ingin kencing, kekejangan serta kesakitan pada bahagian abdomen dan lesu juga merupakan simptom infeksi bakteria ketika haid yang boleh mendatangkan penyakit ginekologi yang lebih mangancam.

-------------------------------------------------------------------------

kesilapan umum semasa penggunaan tuala wanita :

1. tangan tidak dicuci semasa memegangnya.
2. menyimpan tuala wanita di tempat yang lembap seperti bilik mandi
3. mengguna tuala wanita yang telah tamat tempoh
4. memilih tuala wanita tanpa penekanan terhadap kualitinya.
5. mengguna tuala wanita yang berubat atau mempunyai deodoran.
6. tidak menukar sekerap mungkin tuala wanita yang digunakan.

-----------------------------------------------------------------------

adakah anda tahu?

1. risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%.
2. di mana 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita berkualiti rendah
3. secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj
4. jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun,dia akan menghabiskan masa mendapat rawatan sebanyak 6 tahun dalam hidupnya.

------------------------------------------------------------------------

apakah antara risiko-risiko kepada kesehatan anda jika anda menggunakan tuala wanita biasa?

tuala wanita yang diklasifikasikan sebagai 'FAST MOVING CONSUMER GOOS' adalah dibuang serta-merta selepas penggunaan.
justeru itu, ada sesetengah pengilang yang mengumpul kertas yang telah digunakan dan kitar semula sebagai bahan mentah bagi mengurangkan kos pengeluaran.


PERHATIAN : TUALA WANITA YANG ANDA GUNAKAN SEKARANG IALAH KERTAS LITAR SEMULA , INI AMAT MEMBAHAYAKAN KESIHATAN .
-----------------------------------------------------------------------------

ciri-ciri love moon

1. Kering, resap udara dan selesa
Love Moon mengandungi tiga bahagian – lapisan permukaan, lapisan tengah dan lapisan bawah. Lapisan permukaan dihasilkan daripada sutera dan kapas agar kulit sentiasa kering dan selesa. Lapisan tengah dilengkapi bahan peresap berkualiti tinggi agar dapat menukarkan cecair kepada bentuk jeli bagi mengelak rasa melekit. Sementara lapisan bawah dicipta tembus udara bertujuan mengalirkan molikul air keluar bagi mengurangkan kebasahan dan bahang antara tuala dengan kulit.

2. Anti bakteria serta menyerap bau
Penghasilan setiap tuala dilengkapi pita anionic yang dapat meringan kepadatan anion (bacaannya an-a-yan) bagi membantu meningkatkan fungsi tubuh badan, menguatkan imuniti, mengelak jangkitan kuman dan mengnyah bau tak menyenangkan. Yang penting ia tiada sebarang kesan sampingan!

3. Menggunakan bahan resapan terbaik sesuai dengan keperluan fizikal
Love Moon mengandungi lapisan-lapisan bahan resapan. Bahan ini dihasilkan daripada bahan pilihan terbaik bagi mengelak kebocoran yang diproses melalui kaedah teknologi paling unggul. Ini menyebabkan cecair yang mengalir akan terus diresap tanpa meninggalkan sebarang kesan tak menyenangkan. Keadaan ini pastinya membuatkan pergerakan pengguna selesa sepanjang hari.

4. Seimbang dengan piawaian kesihatan bagi mengelak sebarang jangkitan.
Sentiasa kering, tembus udara dan kebersihan merupakan tiga elemen yang sangat diperlukan dalam pengeluaran tuala wanita. Pengeluaran barangan tersebut mestilah terikat seratus peratus dengan GB15979-2002 standard kesihatan dunia.
Perkara yang cukup dititikberatkan adalah:Pengawalan ketat berkaitan kesihatan bahan mentah yang digunakan untuk tuala wanita.
Dihasilkan melalui kilang yang memiliki Tahap Kepercayaan Antarabangsa menggunakan mesin otomatik, begitu juga ketika proses pembungkusan.Menggunakan kaedah mudah dibuka walaupun kedap udara bagi memastikan produk bebas jangkitan bakteria ataupun kulat.

5. Dipaten dengan kad ujian guna sendiri bagi menguji tahap kesihatan.


------------------------------------------------------------------------

keajaiban anion

setiap sentimeter padu pad anion di dalam setiap tuala wanita 'love moon' mampu mengeluarkan 5800 anion.keamatan anion ini boleh menyekat pertumbuhan bakteris dan virus pada tuala wanita tersebut.
pad anion juga boleh membebaskan oksigen yang banyak ,mempunyai pH yang seimbang dan menggalakkan metabolisme yang memberi kesan seperti memperbaiki rembesan,memperkuatkan keimunan,mengurangkan tekanan,menghapuskan bakteris,merawat jangkitan,membasmi bau busuk,menyingkirkan kelesuan dan sebagainya.

--------------------------------------------------------------------

manfaat anion-anion kepada kesihatan

jika udara mengandungi kepekatan anion-anion yang rendah,simptom-simpton seperti letih,pening,migrain,murung dan sesak nafas akan muncul.
menurut piawaian yang ditetapkan oleh WORLD HEALTH ORGANISATION, kepekatan anion-anion di udara segar tidak harus kurang daripada 1000 anion sentimeter padu. bila kepekatan anion-anion mencapai tahap tertentu,bilangan bakteris akan dikurangkan dengan kosong.

------------------------------------------------------------------------

penghapusan bakteria dengan cara semula jadi

anion-anion yang ada di udara mempunyai elektrod-elektrod yang memudahkan mereka melekat pada permukaan bakteria atau virus . proses ini akan menghasilkan arus elektrik rendah yang berupaya menghapuskan bakteris dan virus tersebut,menghalang mereka daripada mengganda,dengan itu menyingkirkan bakteris dan sterilisasi.




-----------------------------------------------------------------------------

topik kesihatan wanita

Bagaimana memilih tuala wanita yang baik?
Tubuh manusia adalah kompleks. Pusingan haid yang dialami menandakan kematangan seseorang wanita yang membawa kebaikan dan mungkin juga ada keburukan. Pusingan haid biasanya berlaku hampir separuh usia seseorang wanita – sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 hari. Mengikut teori perubatan Cina, tubuh badan seseorang wanita begitu lemah semasa haid dan jika tiada perlindungan dilakukan, ia boleh menjejaskan kesihatan. Kerana itulah, adalah mustahak membetulkan pelbagai kesalahfahaman semasa didatangi haid.

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid
Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan.
Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.
Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perl;u ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman.

Tidak begitu endahkan haid
Kebanyakan wanita merasa tertekan tatkala didatangi haid. Keadaan ini tak sepatutnya berlaku. Setiap wanita harus menganggap ia perkara biasa dan terima ia sebagai satu rahmat Tuhan.

Pengawalan secara total tatkala didatangi haid.
Apabila seseorang mengalami haid yang pertama dalam hidupnya, dia tentu menerima pelbagai nasihat daripada ibu, atau mereka yang lebih tua. Antaranya dilarang melakukan senaman berat.
Seseorang wanita yang sihat tatkala didatangi haid, ovarinya mengalami perubahan. Pada ketika yang sama, hormon seks menurun. Biasanya pusingan haid cuma antara 28 hingga 30 hari dengan kehilangan darah cuma 50ml. Setiap haid memakan masa 3 atau 7 hari.

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?
Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.
Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah.
Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.

Menukar tuala wanita mengelakkan masalah.
Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter.
Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

Ingat tentang haid, ingat Love Moon!


No comments:

Post a Comment